Wednesday, February 27, 2013

// Info Kesihatan

Kanser Usus Punca Sembelit Kronik

ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik?
Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.
Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.
“Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Tambah Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usus dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.
Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ badan yang lain.
“Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain,” katanya.
Namun kebanyakan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.
Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keadaan di dalam kolon.
“Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser,” katanya.
Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang.

-KES KANSER USUS YANG TELAH DI ALAMI CLIENT SAYA-
-MASIH DALAM RAWATAN-
-POLICY 27 AUGUST 2012-

Perbezaan Maksud Penyakit Kronik Dengan Penyakit Berbahaya

Kronik bermaksud sudah berlarutan, tamsilnya penyakit yang sukar untuk sembuh  sebab sudah lama dihidapi oleh si pengidap.  Selain itu kronik juga digunakan untuk merujuk keadaan atau masalah yang sangat teruk dan tidak menyenangkan.  Berbahaya pula sesuatu boleh mendatangkan bahaya, dalam (terancam oleh) bahaya. Namun kita sering menyebut penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan masalah buah pinggang sebagai penyakit kronik.  Pada pandangan saya istilah kronik sesuai jika penyakit tersebut sudah belarutan sehingga menjadi penyakit tekanan darah tinggi yang kronik, penyakit kencing manis kronik, lemah jantung yang kronik dan masalah buah pinggang yang kronik.
Memanglah penyakit-penyakit tersebut berbahaya apabila sudah menjadi kronik, tetapi mengistilahkan kesemua penyakit tersebut sebagai penyakit kronik adalah kurang tepat.  Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua penyakit tersebut boleh menjadi kronik, malahan ada pengidapnya yang dapat disembuhkan jika dirawat lebih awal sebelum penyakitnya kronik. Sebaliknya, penyakit-penyakit lain seperti batuk, penyakit kulit, asma, sakit lutut atau bisul boleh menjadi kronik jika tidak dirawat sekian lama.
Kesimpulannya, semua penyakit kronik adalah berbahaya, tetapi mengertikan bahawa semua penyakit berbahaya itu ialah penyakit kronik adalah tidak tepat.  Oleh itu, bermula dari sekarang janganlah kita bersikap sudah terang lagi bersuluh, kerana sudah jelas bahawa maksud penyakit kronik dan maksud penyakit berbahaya adalah berbeza.

DEMAM DENGGI BERDARAH

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar


JENIS DENGGI

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :

1. Demam denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.


TANDA / GEJALA

Tanda-tanda atau gejala :

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.


Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

RAWATAN

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Demam denggi klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Demam denggi berdarah

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Membawa Maut

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :

* Mudah lebam

* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Sifat Nyamuk Aedes

* Gigitan pada waktu pagi dan senja (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)

* Bertelur dalam air mati yang jernih.

No comments:

Post a Comment

HIBAH SERENDAH RM100/ SEBULAN

  PAMPASAN BERGANDA PADA 1 HARGA . . DENGAN SERENDAH RM100 / SEBULAN . . . MENCARUM 1 DAPAT 4 JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL . . PAMPASAN KEMA...